MUTIARA ILMU: 3 Perkara yang disenangi oleh Rasulullah ﷺ dan para sahabat sahabatnya..

Minggu, 24 Oktober 2021

3 Perkara yang disenangi oleh Rasulullah ﷺ dan para sahabat sahabatnya..


Pada suatu hari Rasulullah ﷺ duduk bersama sahabat sahabatnya dan Rasulullah ﷺ bertanya kepada mereka, Sayyidina Abu Bakar Shiddiq Radiallahu Anhum ditanya,.. 

"Apa yang kamu suka dari dunia Ini wahai Aba Bakr..?"

Sayyidina Abu Bakar Shiddiq Radiallahu Anhum,..

"Aku suka dari dunia ini 3 perkara,..

🌹. Duduk duduk bersamamu ya Rasulullah.

🌹. Melihat wajahmu ya Rasulullah.

🌹. Aku korbankan hartaku untukmu Ya Rasulullah.."

Sayyidina Umar Bin Khattab Radiallahu Anhum ditanya selanjutnya,.. 

"Bagaimana pula denganmu wahai Umar..?"

Sayyidina Umar Bin Khattab Radiallahu Anhum,.. 

"Ada 3 perkara yang aku suka,..

🌹. Membuat Kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak
Mengetahuinya. 

🌹. Mencegah kemungkaran
walaupun dalam keadaan terang terangan. 

🌹. Berkata yang benar walaupun pahit..".

"Dan bagaimana pula denganmu wahai Utsman..?" 

Sayyidina Utsman Bin Affan Radiallahu Anhum,... 

"Ada 3 perkara yang aku suka,..

🌹. Memberi makan.

🌹. Memberi salam.

🌹. Sholat malam di waktu manusia tidur".

"Bagaimana pula dengamu wahai Ali...?"

"Aku juga cinta 3 perkara,.. 

🌹. Memuliakan tamu.

🌹. Berpuasa di musim panas. 

🌹. Dan memukul musuh dengan Pedang..".

Kemudian Rasulullah ﷺ bertanya pada Sayyidina Abu Dzar Radiallahu Anhum,.. 

"Apa yang kamu suka di dunia Ini wahai Abu Dzar..?" 

Sayyidina Abu Dzar Radiallahu Anhum,..

"Aku suka 3 perkara di dunia ini,..

🌹. Lapar.

🌹. Sakit.

🌹. Mati".

"Kenapa Wahai Abu Dzar..?" 

Sayyidina Abu Dzar Radiallahu Anhum,.. 

"Aku suka lapar kerana untuk membersihkan hati..."

"Aku suka sakit kerana untuk
mengurangi dosaku.."

"Aku suka mati karena untuk bertemu Rabbku..".

Kemudian Rasulullah ﷺ bersabda,.. 

"Aku cintakan dari dunia Ini 3 perkara,..

🌹. Wangi wangian.

🌹. Wanita yang sholehah.

🌹. Sholat menjadi penyejuk mataku..".

Kemudian di waktu itu turunlah Malaikat Jibril Alaihissalam memberi salam pada Rasulullah ﷺ dan para sahabat. Kemudian Malaikat Jibril Alaihissalam mengatakan,...

"Aku suka di dunia kamu ini 3 perkara.." 

🌹. Menyampaikan risalah. 

🌹. Menunaikan amanah.

🌹. Cinta terhadap orang miskin.."

Kemudian Malaikat Jibril Alaihissalam naik ke langit dan turun sekali lagi ke bumi dan  berkata,..

"SesungguhNya Allah Ta'alla mengucapkan salam kepada kamu semua dan Allah Ta'alla Berkata,..

"Sesungguhnya Allah Ta'alla suka pada dunia kamu ini 3 perkara,..

🌹. Lidah yang sentiasa berdzikir. 

🌹. Hati yang sentiasa khusyuk. 

🌹. Jasad yang sabar menanggung Ujian.."

Semoga kelak kita bersama Rasulullah ﷺ dan para sahabat sahabatnya.. Aamiin Ya Rabb 🤲🙏

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصخبه بعدد كل ماجرى به القلم..

Abdullah Darr Al Musthofa 🌹
.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar