MUTIARA ILMU: Mengatasi Depresi

Selasa, 28 Juli 2020

Mengatasi Depresi

PETUA MENGATASI KEMURUNGAN 

Berikut nasihat Al Habib kepada mereka yang mengalami kemurungan sehingga mendengar suara-suara menyuruh membunuh diri.

1️⃣ Minta perlindungan kepada Allah daripada gangguan syaitan dengan mengucapkan
 “أعوذ بالله من الشيطان الرجيم”, 

2️⃣ Menyedari bahawa Allah tak pernah menyuruh seseorang membinasakan dirinya (menyakiti diri atau membunuh diri)

3️⃣ Yakinlah bahawa suara-suara bisikan menyuruh berbuat jahat adalah datang daripada syaitan yang tak boleh untuk dilayan atau ditaati.

4️⃣ Sibukkan diri dengan perkara yang bermanfaat, dan yang paling utama ialah zikrullah, atau perkara-perkara baik lain seperti meluangkan masa dengan rakan-rakan, ziarah teman, baca buku dsb.

5️⃣ Jangan membiasakan diri duduk termenung seorang diri, berfikiran negatif.

6️⃣ Perbanyakkan zikir-zikir berikut yang diriwayatkan mempunyai khasiat untuk mengangkat kesedihan dan kesusahan seseorang.

‎لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

dan zikir

‎لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ
‎لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
‎لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ الأَرْضِ
‎وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

Semoga bermanfaat.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar