MUTIARA ILMU

Minggu, 24 Oktober 2021

3 Perkara yang disenangi oleh Rasulullah ﷺ dan para sahabat sahabatnya..


Pada suatu hari Rasulullah ﷺ duduk bersama sahabat sahabatnya dan Rasulullah ﷺ bertanya kepada mereka, Sayyidina Abu Bakar Shiddiq Radiallahu Anhum ditanya,.. 

"Apa yang kamu suka dari dunia Ini wahai Aba Bakr..?"

Sayyidina Abu Bakar Shiddiq Radiallahu Anhum,..

"Aku suka dari dunia ini 3 perkara,..

🌹. Duduk duduk bersamamu ya Rasulullah.

🌹. Melihat wajahmu ya Rasulullah.

🌹. Aku korbankan hartaku untukmu Ya Rasulullah.."

Sayyidina Umar Bin Khattab Radiallahu Anhum ditanya selanjutnya,.. 

"Bagaimana pula denganmu wahai Umar..?"

Sayyidina Umar Bin Khattab Radiallahu Anhum,.. 

"Ada 3 perkara yang aku suka,..

🌹. Membuat Kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak
Mengetahuinya. 

🌹. Mencegah kemungkaran
walaupun dalam keadaan terang terangan. 

🌹. Berkata yang benar walaupun pahit..".

"Dan bagaimana pula denganmu wahai Utsman..?" 

Sayyidina Utsman Bin Affan Radiallahu Anhum,... 

"Ada 3 perkara yang aku suka,..

🌹. Memberi makan.

🌹. Memberi salam.

🌹. Sholat malam di waktu manusia tidur".

"Bagaimana pula dengamu wahai Ali...?"

"Aku juga cinta 3 perkara,.. 

🌹. Memuliakan tamu.

🌹. Berpuasa di musim panas. 

🌹. Dan memukul musuh dengan Pedang..".

Kemudian Rasulullah ﷺ bertanya pada Sayyidina Abu Dzar Radiallahu Anhum,.. 

"Apa yang kamu suka di dunia Ini wahai Abu Dzar..?" 

Sayyidina Abu Dzar Radiallahu Anhum,..

"Aku suka 3 perkara di dunia ini,..

🌹. Lapar.

🌹. Sakit.

🌹. Mati".

"Kenapa Wahai Abu Dzar..?" 

Sayyidina Abu Dzar Radiallahu Anhum,.. 

"Aku suka lapar kerana untuk membersihkan hati..."

"Aku suka sakit kerana untuk
mengurangi dosaku.."

"Aku suka mati karena untuk bertemu Rabbku..".

Kemudian Rasulullah ﷺ bersabda,.. 

"Aku cintakan dari dunia Ini 3 perkara,..

🌹. Wangi wangian.

🌹. Wanita yang sholehah.

🌹. Sholat menjadi penyejuk mataku..".

Kemudian di waktu itu turunlah Malaikat Jibril Alaihissalam memberi salam pada Rasulullah ﷺ dan para sahabat. Kemudian Malaikat Jibril Alaihissalam mengatakan,...

"Aku suka di dunia kamu ini 3 perkara.." 

🌹. Menyampaikan risalah. 

🌹. Menunaikan amanah.

🌹. Cinta terhadap orang miskin.."

Kemudian Malaikat Jibril Alaihissalam naik ke langit dan turun sekali lagi ke bumi dan  berkata,..

"SesungguhNya Allah Ta'alla mengucapkan salam kepada kamu semua dan Allah Ta'alla Berkata,..

"Sesungguhnya Allah Ta'alla suka pada dunia kamu ini 3 perkara,..

🌹. Lidah yang sentiasa berdzikir. 

🌹. Hati yang sentiasa khusyuk. 

🌹. Jasad yang sabar menanggung Ujian.."

Semoga kelak kita bersama Rasulullah ﷺ dan para sahabat sahabatnya.. Aamiin Ya Rabb 🤲🙏

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصخبه بعدد كل ماجرى به القلم..

Abdullah Darr Al Musthofa 🌹
.

Ijazah Sholawat Pendek Sangat Dahsyat Keutamaannya

 

1. Jazallahu annaa Sayyidana Muhammadan Maa Huwa Ahluh. (100 kali pagi & sore) 

2. Assalaamu Alaika Ayyuhann Nabiyyu Wa Rohmatullahi Wa Barokaatuh (100 kali pagi & sore) 

3. Allahumma sholli alaa sayyidina Muhammad Wa anzilhul maq'adal muqorroba indaka Yaumal qiyaamah (100 kali pagi & sore) 

4. Allahumma Sholli Alaa Sayyidina Muhammad Wa aalihi wasallim (400 malam hari)

 5. sholllahu alaa Muhammad (minimal bada sholat 100x/1000 . hitungan banyak 10rb) sholawat jibril

sholawatulfatih /11x 100x bada sholat fardu.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩.

Kabar gembira bagi yg mendawamkan sholawat.

Al-Khidhir alaihis salam berkata; Aku pernah bertanya kepada Auliya (para Wali) mengenai amalan yang dapat menghapus nama seseorang dari catatan celaka menjadi orang bahagia. Maka tidak ada di antara para Auliya yang memberikan jawaban. Hingga aku mendatangi Nabi Muhammad shallallahu alaihi wa sallam dan menggulirkan pertanyaan tersebut kemudian beliau menjawab: Amalan yang dapat menyelamatkan seseorang dari deretan nama orang sial menjadi orang bahagia adalah dengan memperbanyak shalawat kepadaku.

Dikutip ulang dari kitab ittihaful amajid bi nafaisil fawaid karya Abu Mun'yah as-Sakunjiy at-Tijaniy jilid 2 halaman 258.

النبي ﷺ سكن المدينة فزال عنها المرض وصارت محروسة بالملائكة، فكيف إذا سكن قلبك! 

Nabi ﷺ menghuni kota Madinah, lalu hilanglah segala penyakit dari sana, dan kota itu pun dijaga oleh malaikat. Maka bagaimana jika Beliau  (Nur Rasullullah) menghuni hatimu....?
...
Ketika seorang hamba bersholawat pada Rosulullah SAW, maka bersambung ruhnya dengan ruh Rosulullah SAW. Dan akan terus bersambung dan tidak terputus kecuali jika ia berhenti bersholawat.

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 💖

Maulana Al Habib Luthfi Bin Yahya