MUTIARA ILMU

Kamis, 12 Agustus 2021

AMALAN SUPAYA DICATAT SEBAGAI ORANG YANG BERBAHAGIA, DIAMPUNI SEGALA DOSA SERTA DIJAUHKAN DARIPADA MURKA ALLAH SWT.


Bacalah ketika pagi dan sebelum terbenamnya matahari:-

•Surah Al-Fatihah 7x, •Surah Al-Ikhlas 7x, •Surah Al-Falaq 7x, •Surah An-Naas 7x, •Surah Al-Kafirun 7x, •Ayat Kursi 7x, •Tasbihat ( سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُللهِ وَلَا إِلَـهَ إِلَّا اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ) 7x, •Selawat 7x, •Istighfar  7x (untuk diri, ibubapa keluarga dan sekalian orang-orang beriman) dan doa berikut 7x
•اللَّهُمَّ رَبِّ افْعَلْ بِي وَبِهِمْ عَاجِلاً وَآجِلاً فِي الدِّينِ وَالدُّنْيَا وَلأَخِرَةُ مَا أَنْتَ لَهُ أَهْلٌ, وَلاَ تَفْعَلْ بِنَا يَا مَوْلاَيَ مَا نَحْنُ لَهُ أَهْلٌ, إِنَّكَ غَفُورٌ حَلِيمٌ جَوَّادٌ كَرِيمٌ رَؤُوفٌ رَحِيمٌ

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Suatu ketika, seorang pemuda yang begitu bagus pakaiannya, begitu harum wangiannya dan begitu tampan wajahnya telah menghampiri Ibrahim bin Yazid At-Taimi (wafat 93H) ketika beliau berada dihadapan Kaabah.

Lalu Ibrahim At-Taimi bertanya, “Wahai saudara, siapakah dan dari manakah anda?” Pemuda itu menjawab, “Saya adalah Khidir a.s. dan datang untuk menyampaikan salam serta memberikan hadiah kepada anda”. Lalu beliau mengajarkan amalan seperti yang disebutkan kepada Ibrahim At-Taimi.

Ibrahim At-Taimi bertanya dari manakah beliau mendapat amalan tersebut dan apakah fadhilat membacanya. Lalu Khidir a.s. mengatakan bahawa amalan tersebut telah diajarkan oleh Baginda s.a.w. dan menyuruh Ibrahim At-Taimi sendiri menanyakan tentang fadhilat amalan tersebut daripada Rasulullah s.a.w.

Pada suatu malam, Ibrahim At-Taimi telah melihat di dalam mimpi bahawa dirinya telah dibawa kedalam syurga dan melihat perkara-perkara yang amat menakjubkan lalu bertanya kepada malaikat, “Untuk siapakah semua itu?”, Para malaikat menjawab, “semua itu adalah bagi orang yang melakukan amalan sepertimana yang kamu lakukan”.

Kemudian telah datang Baginda Rasulullah s.a.w. kepadanya bersama 70 orang Nabi dan berserta 70 baris para malaikat yang panjang tiap barisnya sejauh timur dan barat. Lalu Ibrahim At-Taimi bertanyakan tentang amalan yang telah dihadiahkan oleh Khidir a.s. kepada Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. menjawab, “Benar apa yang dikatakan oleh Khidir a.s. dan setiap berita yang disampaikan olehnya benar. Dia adalah orang alim bagi penduduk bumi, ketua bagi para wali abdal dan merupakan tentera Allah s.w.t. di muka bumi”.

Rasulullah s.a.w. menjawab lagi, “Demi Dzat yang telah mengutusku dengan benar, orang yang mengamalkan bacaan  tersebut walaupun tidak pernah melihatku dan syurga di dalam mimpinya namun seluruh dosa-dosa yang dilakukan akan diampuni Allah s.w.t. dan akan dijauhi daripada kemurkaan Allah s.w.t.”

“Demi Dzat yang telah mengutusku menjadi seorang Nabi dengan membawa kebenaran,tidaklah orang yang mengamalkannya melainkan Allah s.w.t. akan membuatnya menjadi manusia yang berbahagia dan tidaklah seseorang yang meninggalkan amalan ini melainkan Allah s.w.t. akan menjadikannya sebagai seorang yang kurang beruntung”.

Rujukan: Kitab قوت القلوب , Al-Imam As-Sheikh Abu Talib Al-Makki (wafat 386H)

Rabu, 11 Agustus 2021

Pandangan RUH *


“… Ruh ini sebelum dimasukan ke tubuh dia bebas, pandangannya tajam, rasanya pun tajam, kenal Allah. Musyahadah terhadap Allah. Bila dimasukan ke tubuh, tubuh kita ini alam kasar ( alam Syahadah / Alam mulk ). Jadi ruh yang dimasukan ke tubuh kita ini sudah terhijab, ini yang dinamakan Hijabul Kawn ( Hijab kejadian ).

Kemudian diletakan di dunia ini, dunia ini pun alam nyata. Jadi ruh kita ini sudah terhijab dengan berbagai hijab kejadian yang tadi sebelum masuk Ruh kenal Allah, Musyahadah terhadap Allah, bila masuk tak kenal.

Untuk ruh yang di dalam tubuh ini kenal Allah, itulah perlu manusia beragama, ikut agama Islam. Berpegang dengan Islam, Iman, dan Ihsan. Kalau Tiga-tiga ini kita pegang. InsyaAllah kita kenal balik. Sebab itu terus berdzikir, terus berdzikir dengan tujuan supaya Allah angkatkan Hijab yang melindungi pandangan Ruh kita. Allah angkat satu-satu… “

1) Hijabul Kawn (Hijab Kejadian)
2) Hijabul Syahwat (Hijab Hawa Nafsu)
3) Hijabul Ghaflah (Hijab Kelalaian)
4) Hijabul Maksiyyah (Hijab Maksiat)
5) Hijabul Syaitan (Hijab Syaitan)

Dhikrullah mampu membuka 5 hijab hati di atas.
( oleh Dr Jahid Sidek al khalidi, Mursyid ke 37 Tarekat Naqsyabandiyah Khalidiyah )
——*****——

Ket Gambar ;
* Habib Lutfi bin Yahya ( ketua JATMAN )
* Shaykh Dr Muhammad Asy-Syuhumi al-Idrisi ( Libiya )

Kredit Gambar ;
* Dr Jahid al Khalidi.
* World Sufi Forum Official.