بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Dan telah memberitahu akan Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala, pada perkara untuk mengesahkan diri bagi orang yang mengingin akan terjun ke dalam Hakikat Selawat Al Fatih itu, dengan katanya;
Bahawasanya sah masuk kepada Hakikat Selawat Al Fatih itu berlaku dengan dua perkara;
YANG PERTAMA, syarat sahnya sanad sepertimana masyhur kalam daripada Ulama dan Ahli Isnad, samada Hadis mahu pun Tasawuf, jikalau tidak kerana ilmu Isnad nescaya orang akan berbicara mengikut apa yang dia kehendaki, kerana Isnad itu jaminan bangsa syariat dengan bangsa hakikat.
Dan syarat pertama bagi sah sanadnya dan sah Istihsan ( ﺍﺳﺘﺤﺳﺎﻥ ) itu, yakni ada hubungan dengan ahlinya dan pemiliknya, sekadar sahnya iaitu dari ketinggian sanad tersebut. Maka dari itu, jadilah ianya satu kesempurnaan mengambil faedah dan madad serta limpahan-limpahan dari selawat tersebut. Seperti saluran (air), sekadar (mana) saluran itu bersih dari lumut, dari lumpur, dan dari kekotoran, (maka) sekadar (itu jualah) air (itu) akan senang mengalir.
Maka begitulah jua dalam Isnad Bangsa Syariat atau Bangsa Hakikat, selama mana dan sekadar mana kesahihan sanad tersebut, dan selagi sanad itu diterima daripada waris, daripada waris, daripada waris yang sempurna (secara berturutan), maka sekadar itu jualah limpahan dan Madad selawat ini beserta dengan cahayanya.
Dan sekadar mana jika ada, atau terdapatnya kekurangan pada sanad tersebut, maka sekadar itu jualah akan menjadi kurangnya madad yang diterima di dalam sanad tersebut. Maka Inilah keterangan bagi syarat yang pertama itu.
SYARAT YANG KEDUA adalah mensahihkan akan niat bagi sesiapa yang ingin menyibukan diri, untuk memperbanyakan dirinya dengan Selawat Al Fatih. Maka jadilah seseorang itu, niatnya pada Selawat Al Fatih itu, hendaklah memasukan diri dalam perkara ingin memahami akan hakikat Baginda SAW, dan ingin mendalami akan dirinya di dalam hakikat Baginda SAW.
Maka syarat atas tanda kesahihan niat itu, adalah sah niatnya itu dengan ketiadaan ia cenderung untuk berpaling kepada rahsia-rahsia, tasrif-tasrif, yakni ingin menguasai alam, ingin mendapatkan rahsia-rahsia alam, ingin mencari kasyaf, ingin mencari karamah, ingin mencari kedudukan, ingin mencari martabat, ingin mencari kuasa atas jin, dan kuasa atas rohani.
Adapun untuk syarat mendalami akan diri di dalam diri Nabi SAW itu, maka hendaklah seseorang itu memutuskan segala kecenderungannya selain kepada Hakikat Baginda SAW, dan hendaklah dirinya berpaling selain daripada Hakikat Baginda SAW. Hadrah Hakikat Muhammadiyyah itu adalah Hadrah Cemburu Yang Agong - tidak akan boleh diterima seseorang yang berpaling selain daripadanya.
Maksudnya adalah IKHLAS – hendaklah atas diri kita berselawat hanyasanya kerana Baginda SAW sahaja, untuk membesarkan Baginda SAW yang sememangnya telah dibesarkan.
Sayugianya, janganlah diingat bahawasanya selawat kita itu berhasil untuk membesarkan Nabi SAW, atau selawat kita itu berhasil untuk memuliakan Baginda Rasulullah SAW, kerana Baginda Nabi SAW itu telah pun cukup kebesarannya, telah pun cukup kemuliaannya, telah pun cukup kehebatannya, dan telah pun cukup kesempurnaannya, bahkan secara Azali.
Maka ianya tidak perlu, ianya tidak berhajat untuk ditambah lagi, faham. Namun demikian, adalah dituntut atas diri kita untuk menjaga adab itu, yakni membesarkan akan Nabi SAW sehingga menidakkan selain daripada Rasulullah SAW daripada diri kita dan daripada niat kita.
Maka yang demikian, jadilah ianya itu DUA SYARAT sanad dengan niat yang benar dan yang diterima oleh Hadrah Baginda SAW.
Semoga Allah melimpahkan RahmatNya dan BarakahNya keatas diri Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala, dan menempatkan beliau dikalangan kekasih-kekasihNya yang terpuji dan yang terpilih.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ